Suri Rumah Wanita Berniqab Jual Produk Kosmetik Jutawan Pada Usia 23 Tahun- Nurraysa.com
Saya bermula business pada umur 20 tahun bermodalkan RM 500 je ketika mengandungkan anak pertama. Ketika itu saya terpaksa menangguhkan pelajaran, Diploma Nursing di Kuala Lumpur. Bosan tak tahu nak buat apa, saya terfikir nak buat business, tapi tak tahu nak jual apa, saya tengok dekat Facebook, ramai yang jual rumpai laut, saya terus beli 3 bungkus untuk guna sendiri. Alhamdulillah, best guna . Terfikir nak jual juga.
Waktu tu memang tak ada siapa pun ajar, saya hentam sendiri je, tengok ayat-ayat orang lain promote macam mana. Banyak bertanya orang. Saya mulakan business bermodalkan RM 500 tu pinjam duit gaji suami. Alhamdulillah bulan ke 2 daripada untung saya terus bayar balik. Daripada situ lah kisah bermula. Malam dah siap packing order, pagi-pagi suami bawa ke tempat kerja, tengah hari waktu rehat dia tolong poskan di pos laju.
Permintaan makin banyak, berguni-guni saya order, jadi pemborong besar pulak. Daripada duit untung je saya rolling modal, suami dah tak dapat bawa barang-barang untuk pos ke tempat kerja sebab bawa motor. Bawa kereta jalan jem, waktu rehat hanya sejam. Waktu itu suami bawa kereta pergi kerja, tengah sarat, saya bawa motor dia, angkut dua tiga kali barang-barang ke pos mini. Nasib baik lah 5 minit je daripada rumah. Berkotak-kotak angkat dengan motor nak berjaya semua redah je. Bila ingat balik, akan membuatkan kita bersyukur dengan kehidupan sekarang.
Beberapa bulan selepas itu, market rumpai laut semakin jatuh, persaingan harga, daripada RM 100 sekilo, ada yang jual sampai RM 25 sekilo. Saya cuba fikirkan cara lain, macam mana nak buat, tak boleh terus macam ni, waktu tu jual rumpai laut je, permintaan tengah tinggi, alhamdulillah jualan sebulan ada yang mencecah belasan ribu, lepas tu ada jual juga Vitamin C. Dekat rumah memang tak ada kerusi, sofa ke apa, tolak tepi dulu untuk kembangkan business. Makan atas lantai je. Orang datang rumah duduk di atas lantai. Tak kisah apa orang cakap
Bila permintaan rumpai laut semakin menurun, saya tengok ramai pula buat sabun rumpai laut di Facebook. Saya pun puas fikir, macam mana nak buat sabun, saya survey mana-mana kilang yang buat, tapi memerlukan modal belasan ribu, waktu tu belas-belas ribu dah besar bagi saya. Tiba-tiba Allah datangkan seseorang bantu saya ajar macam mana buat sabun. Alhamdulillah tercipta lah sabun Nurraysa, tapi kotak siap awal Januari, saya buat sample banyak-banyak, agih-agihkan , marketing dulu, cari agent dan bagi orang cuba pakai.
Di pendekkan cerita, keluar lah sabun brand Nurraysa pada Januari 2013. Dahulu kotaknya design memang kelakar habis, berwarna-warni. tak ada ilmu kan, redah aje lah. Hehe.
Jun 2013 saya keluarkan 1 set lengkap skincare, 1000 unit sahaja, dengan tak ada ilmu, sekejap je habis 1000 set tu, ambil masa setahun habiskan saya start di uji dengan macam-macam ujian lepas tu, mungkin nak bagi saya nampak apa itu business, apa yang belum saya buat, apa yang perlu saya buat, Tuhan nak bagi sesuatu yang lebih besar lagi, saya di uji di tahap sampaikan tak ada duit langsung, pernah duit dalam bank zero
Balik kampung, buat tak tahu je, tak susahkan mak ayah, beberapa bulan jugak lah, kami fikir balik, muhasabah diri, mesti ada sebab kenapa Allah uji kami, mungkin kita tak sedar kesilapan kita. Akhir tahun 2013, bulan Ramadhan, kami nekad nak ubah hidup balik, suami terpaksa kerja balik, Ramadhan 2013, setiap hari kami bangun qiamullail bersama-sama, nak cari redha Allah balik bukan senang, teringat lagi ustaz tu bagi ceramah di surau, Tuhan uji kita, dia tak puas lagi dengar kita merintih, menangis , memohon padaNya, takut-takut bila dah senang, kita akan lupa.
November atau Disember 2013, rumah yang kami sewa di tenggelami banjir, tahun tu Kuantan banjir besar. Air di paras dada dalam rumah. Terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir. Waktu tu, memang perit yang amat. Makanan memang sikit je, nak makan beratur panjang, air tak ada, mandi di pili bomba, dengan anak sulong masih kecil saya terfikir dalam hati, rupanya macam ni hidup orang susah. Alhamdulillah kami dapat rasa semua tu. Hari last, selepas beberapa hari berlaku banjir besar, datang beberapa Hilux datang bawa bantuan makanan, semua persendirian, bukan daripada agensi mana-mana. Dalam hati terdetik, kalau aku kaya nanti, aku mesti buat macam tu juga, mesti bantu orang.
Ujian demi ujian datang, akhirnya bulan 3 2014, saya ada inbox di Facebook seorang jutawan muda. Saya mintakshare tips-tips yang dia buat, dia bagi 1 tips je. Nak tahu apa tips yang beliau kongsikan? Tips tu lah saya buat, dan selepas daripada itu, hidup saya start berubah balik sehingga sekarang.
Tips jutawan muda tu share dekat saya, satu je dia bagi, katanya, ” amalkan sedekah setiap hari selama sebulan “.
Esoknya saya terus buat. Ajaibnya tak sampai 2 minggu, life saya start berubah, banyak Allah tunjukkan jalan-jalan, buat ape pun mudah je. Allah kenalkan dengan orang hebat-hebat. Subhanallah.
Saya start balik business Nurraysa, teruskan balik. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni owner produk, orang Terengganu juga, baru nak keluarkan produk. Dia beritahu saya nak pergi coaching dengan jutawan famous beberapa tahun lepas, Puan Felinna, saya tak mampu waktu tu, bayaran di kenakan tak silap hampir RM 2000. Banyak tu bagi saya pada waktu tu. Apa yang berlaku, Allah gerakkan hati dia lepas balik daripada coaching dengan Puan Fel, dia sharing pada saya, tips-tips Puan Fel buat hingga sales meletop-letop. Saya duk fikir sorang-sorang, ” eh semua ni aku dah buat, dia boleh jadi jutawan, kenapa aku macam ni je?” rupanya saya tak konsisten.
Kebanyakan punca hari ini orang gagal, tak mulakan sesuatu sampai habis, buat sesuatu tak konsisten. Apa yang saya buat masa mula-mula nak build up balik Nurraysa, saya cari Dropship ramai-ramai, saya guide di group WhatsApp cara nak promote. Daripada Dropship tu lah, diorang upgrade ke Agent dan Stokis. Jangan pandang remeh pada Dropship tau, walaupun mereka tidak keluarkan modal.
Produk yang orang tak kenal lagi, cara pertama, cari Dropship je ramai, orang nak teruskan labur modal besar jadi Stokis, memang tak lah kan. Takut modal habis kat situ je, barang tak laku. Alhamdulillah, permintaan semakin meningkat April 2014. Kotak sabun pula habis, saya start balik masa tu, saya gunakan apa yang ada di tangan je. Kotak nak buat balik modal beribu, nak korek dekat mana duit ni, bayar deposit aje lah dulu, dah siap nak ambil balik tak tanu nak cari duit dekat mana, fikir punya fikir, memang taknak susahkan orang tua, last-last call juga mak buat muka tebal je, nak pinjam duit nak bayar kotak, janji dengan dia, dapat kotak ni, terus pos pada Stokis, sebab ramai dah booking sabun, saya dah promote awal-awal lagi, saya akan terus bayar balik duit mak. Alhamdulillah, semua settle, Stokis semua dah payment, saya terus je bayar balik. Tak ingat berapa , lingkungan 2-3k je macam tu. Saya tak start pada modal besar untuk buat sesuatu..
Pada bulan Jun 2014 saya sertai program Dr. Azizan Osman, IMKK, pada waktu tengah sarat juga mengandungkan anak ke 2, anak pertama memang tak ada orang sanggup jaga, sebab dia lain sikit, hehe, lagipun tak nak susahkan family, biar kami yang susah-susah tak apa. Datang ke KL untuk sertai program, kami bergilir-gilir jaga anak dekat hotel dengan suami, pagi saya masuk, tengah hari suami masuk, macam tu lah seterusnya sampai program habis selama 4 hari di The Mines. Balik je, kami sharing, ape yang doc ajar. Waktu tu kami ambil pakej paling murah, RM 250 seorang, seat paling belakang sekali, dah lah datang lewat, tak sempat bersenam, hehe, datang lewat sebab hotel jauh, dengan uruskan anak dulu. Alhamdulillah suami banyak bagi sokongan, suami adalah tulang belakang saya.
Sebelum hadiri program IMKK, sales saya biasa-biasa je, tak sampai pun 10 ribu sebulan, selepas balik daripada IMKK, kami buat apa yang Dr. Azizan ajar, IMKK program cuci kolam jiwa, sebelum start business, wajib cuci dulu, baru senang business nak berkembang, bersihkan hati, apa yang kami buat, sedekah setiap hari waktu pagi, konsisten Dhuha, jaga hubungan suami-isteri, mandi garam bukit, kongsikan sedikit untung dengan ibu bapa, tahajud, sentiasa berfikiran positif. Start daripada tu, Julai dan seterusnya sales meningkat ke belas-belas ribu, puluh-puluh ribu sebulan, suami masih bekerja, saya dah nak hampir bersalin, staff tak ada, semua kami buat sendiri, kadang-kadang 2 pagi baru tidur, bersama suami duduk pack barang, masukkan sabun dalam kotak, permintaan makin tinggi, sampai kan banyak kali suami tidur selepas solat subuh, tu pun tido satu jam je, pukul 7 setengah pagi terus pergi kerja lagi. Apa salah satu penguat saya, nekad saya untuk ubah balik hidup kami, setiap kali lepas solat, menangis, dia betul-betul, mohon pada Allah, tak sanggup tengok suami tak tidur malam tolong saya pack barang, awal pagi keluar kerja, petang baru balik kerja, dengan kerja tengah panas waktu tu, bawak excoveter (jentera berat) , kadang-kadang ot, pukul 8 atau 10 malam baru balik kerja. Dengan keadaan saya sarat waktu tu, kalau di ingatkan balik, memang menangis, tengah-tengah malam tak tidur lagi, dengan pinggang semua sakit, Allah je yang tahu, usaha nak berjaya tu sangat kuat, kalau lembik-lembik, memang tak sampai ke tahap sekarang.
Pada bulan 8 2014 saya sekali lagi keluarkan balik set kecantikan lengkap, berbeza formula dgn yg lama, pakaging semua lain, first batch keluar 500set je, sampai je licin, 500 lagi sampai, licin, sebulan order 2,3 kali dengan kilang, nak buat banyak2 terus, modal terhad, lepas 2 buat 1000set , 2000 set, semua licin sebelum stok sampai lagi, the best mrketing saya amalkn drpd dulu, mrketing dulu sebelum ada stok, sampai je semua terus pos pada stokis2. Marketing yg saya amalkan, hanya sistem berjemaah, tu penguat saya sampai hari ini.Takde buat fb ads ke ape. Semua zero kos mrketing. Luangkan masa utk guide diorang..
Bulan 9@10 macam tu, ambik sorang staf, sebab dah tak larat nk buat sendiri, waktu tu staf kerja duduk di bilik belakang bersama stok-stok yg ada, stok penuh sampai ke ruang tamu, kami takde menyewa mana-mana tempat lagi, dan saya tak ingat bulan berapa, lepas saya bersalin anak ke 2, saya suruh suami berhenti kerja. Waktu tu suami masih ragu-ragu nak behenti, takut jadi macam tahun 2014, kena kerja balik, saya ckp,kne yakin, insyaAllah takkan berlaku lagi..anak sulong lagi, lelaki kan faham-faham je lah, dengan baby kecik, saya tak larat nak jage sorang-sorang. alhamdulillah suami berhenti kerja, bantu bsness dan jaga anak-anak.
Pada akhir tahun 2014, banjir besar berlaku lagi, tapi paling teruk di kelantan, kuantan pun teruk tapi kurang sket berbanding tahun 2013, rumah saya menyewa pn tak terlepas , air di paras lutut, alhmdulillah barang-barang semua dah letak di tempat yg tinggi, takde ape-ape kerosakan barang.. saya follow page-page facebook, misi bantuan banjir banyak ke kelantan, saya tengok video dr azizan share yg dia pergi ke kelantan hantar barang-barang makanan bantuan banjir, hati terdetik makin kuat, nak pergi jugak,berkobar-kobar semangat, sebab nak follow ape mentor buat dan sebab saya dah janji pada 2014, saya pun nk buat jgk macam tu.
Alhamdulillah januari 2015 saya bersama suami dan anak-anak, sebuah lori, pergi ke kelantan utk hantar bantuan makanan, pakaian, barangan. Anak-anak wajib agkut semua.. hehe.. waktu tu 50-50 dah, nak pergi ke tak sebab saya memang susah ke mana-mana bwak anak-anak syurga, ujian memang sangat besar, last-last saya redah aje, pergi jugak, 10 malam bertolak drpd kuantan ke kelantan, malam tu suami mengantuk, 3 kali kot hampir terbabas, nasib baik saya tak tido alhamdulillah sampai jugak di kelantan pukul 5 stgh pagi. Siap-siap turunkan barang-barang semua, terus bertolak balik, pagi tu singgah di kedai untuk makan, Allah uji lagi, anak yg sulong berlari ke arah jalan besar, umur masih pnjg, suami sempat tarik baju dia, kalo tak, memang dah takde dah sekarang, sket lagi nak kena langgar dengan kereta, kat kedai tu, semua menjerit tengok.. Ya Allah, tak tau nak fikir macam mana dah, terus balik je, hampir 5x jugak berhenti tepi jalan suami tido sekejap sebab mengantuk 1 malam tak tido. Akhirnya sampai jugak rumah fmly di terengganu, makan mndi-mandi, terus tido.. esoknya baru balik ke kuantan..
Alhamdulillah kuasa Allah,balik je daripada misi tu, marketing saya buat sama je, takde upgrade apa-apa pun, permintaan naik mendadak, berkali-kali gnda order , stokis-stokis semua terkejut, stok terputus , permintaan tak terjengka, sales pada januari 100 ribu sebulan, sebelum tu paling tinggi pyn tak lebih 50nribu sbulan.
Bulan-bulan seterusnya sales maintain 100 ribu jugak, tak naik-naik, saya duk fikir, macam ade sesuatu yg menghalang utk saya dapat lebih daripada 100 ribu, ape yang mungkin saya tak buat, ape yang mungkin kami tak sedar kesilapan kami, 30 april, saya ke imkk lagi skli bersama suami, seat super spreme kedua paling depan, belakang titanium. Waktu tu dah ade maid yang jaga kan ank-anak, so kami berdua fokus betul-betul dalam seminar tu, waktu tu, dah ade 1 ofis untuk kerani dan staf bahagian production , beberapa orang je, sebab stok banyak memang dah tak muat nk letak kt rumah, saya menyewa sebelah rumah je, kebetulan penyewa sebelah keluar. Balik je daripada imkk, sales bulan mei meningkat hampir 300 ribu.
Bulan-bulan seterusnya sales maintain 100 ribu jugak, tak naik-naik, saya duk fikir, macam ade sesuatu yg menghalang utk saya dapat lebih daripada 100 ribu, ape yang mungkin saya tak buat, ape yang mungkin kami tak sedar kesilapan kami, 30 april, saya ke imkk lagi skli bersama suami, seat super spreme kedua paling depan, belakang titanium. Waktu tu dah ade maid yang jaga kan ank-anak, so kami berdua fokus betul-betul dalam seminar tu, waktu tu, dah ade 1 ofis untuk kerani dan staf bahagian production , beberapa orang je, sebab stok banyak memang dah tak muat nk letak kt rumah, saya menyewa sebelah rumah je, kebetulan penyewa sebelah keluar. Balik je daripada imkk, sales bulan mei meningkat hampir 300 ribu.
Balik je daripada imkk, kami suami isteri sangat tenang.. terangkan tentang tugas masing-masing dalam bsness, bagi sama-sama faham supaya tiada masalah dan berlaku perselisihan faham..
Biasa lah bsness suami isteri kadang-kadang si isteri @ suami tak boleh bezakan waktu berbsness dan waktu berkeluarga.. kami lebih profesional, sebab bab-bab bsness saya memang strict sket, alhamdulillah balik je imkk semua lebih clear.. kadang-kadang kita buat 1 tips ni je, sales mendadak-dadak naik, idea bsness datang mencurah-curah macam air hujan..
Selain daripada tu, kami naikkan duit yang bagi setiap bulan kepada ibu bapa dan mertua.. banyak spend masa dan bantu diorang, adik beradik dan org memerlukan.. tiba-tiba datang 1 madrasah memerlukan jumlah yg besar, utk pembinaan surau di ketengah jaya, tiba-tiba teringat kata2 dr azizan, ” berapa besar kamu sanggup korbankan utk dapatkan sesuatu yg besar? ” alhamdulillah , ni just utk inspirasi kpd semua, bukan menunjuk ape, jauh sekali tidak, kami hanya berkongsi ape telah kami buat , kami ke sana, untuk melihat tapak surau dan wakaf sejumlah wang yg besar yg sebelum ni tak pernah sebanyak ini.. bile datang ke sana, rasa tenang sangat, rasa kesian semua ade kerana tempat belajar semua serba kekurangan.. bile transfer duit je kita tak rasa sangat macam mana keadaan, tapi bile kita sendiri pergi tengok, rasa macam tak nak balik.. layanan diorang baik sangat-sangat , sangat mesra..
Banyak lagi tips-tips yang saya buat. saya doakan anda semua kaya dan berjaya , kalau betul-betul nak ubah ekonomi, taraf hidup, buat betul-betul, fokus, ingat matlamat, jiwa kena kental,
Dan sehebat mana pun marketing kita, kalau Allah tak izinkan , tak jadi jugak, semua berlaku dengan izin Allah
Disebabkan cabaran-cabaran yang telah saya lalui ni lah saya bersemangat nak bantu lebih ramai wanita, suri rumah dan berkerjaya sekalipun, untuk buat bsness, untuk bantu keluarga, dan dalam nurraysa saya sangat menjaga team saya supaya menjaga harga supaya tak jadi macam bsness mula-mula saya buat dulu, kita nak long term bsness kan.
Alhamdulillah kini sales sebulan dah berjuta-juta, dah keluar iklan di tv3 setiap hari, iklan di radio thr & ikim setiap hari, talkshow di tv alhijrah setiap minggu pada hari khamis dan jumaat, dan whi, billboard dah pasang 123 buah di seluruh semenanjung malaysia.
Alhamdulillah seramai 4000 lebih agent dan stokis telah kami bantu buat income bersama nurraysa , berbelas monster stokis dah buat income sejuta lebih setahun.
Untuk follow tips saya selanjutnya, boleh follow Facebook Personal: Nur Aini Zolkepeli (Founder Nurraysa Beauty) @ Facebook Page: Nurraysa
0 comments:
Post a Comment