Tuesday, 27 March 2018

Nurraysa Beauty

NURRAYSA Global Sdn Bhd, pemilik jenama produk mesra wuduk, Nurraysa menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dengan pendapatan melebihi enam angka di bawah jenama tersebut pada tahun 2018.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Aini Zolkepeli, 25, berkata, pada tahun 2017, Nurraysa telah berjaya melahirkan lapan usahawan dengan pendapatan tersebut dan beliau optimis untuk membimbing lebih ramai usahawan baharu.
"Sejak Nurraysa berada di pasaran sehingga kini, kami telah melahirkan lebih 18 usahawan yang berjaya mencapai jumlah pendapatan tersebut.
"Bagi 2018 ini, kami yakin untuk meningkatkan jumlah sasaran tersebut, di mana sasaran itu bukan untuk kepentingan jenama kosmetik ini sendiri, tetapi lebih kepada memotivasikan ejen atau stokis supaya meningkatkan usaha bagi meningkatkan pendapatan mereka.
“Apa yang penting, jangan merasakan diri sendiri sentiasa berada di tahap biasa. Biarpun suri rumah atau penuntut, mereka boleh berjaya seperti apa yang dilahirkan Nurraysa ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menerima Anugerah Usahawan Wanita Bumiputera Terbaik di Anugerah Perniagaan Cemerlang Selangor 2017, baru-baru ini.
Nur Aini berkata, hanya dengan perniagaan atas talian (online), ejen atau stokis yang menyertai Nurraysa akan berjaya menjana pendapatan lumayan.
“Perkara itu boleh direalisasikan, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang kami berikan kepada mereka walaupun pada awal penyertaan menjadi ahli, mereka tiada modal dan ilmu.
“Saya sendiri dahulu tiada ilmu dalam perniagaan, dan pernah mengalami kerugian. Namun saya belajar semula, dan bangkit semula sehingga hasilnya lebih cepat peroleh kejayaan sehingga ke hari ini,” katanya.
Menurutnya, Nurraysa juga merancang untuk menambah beberapa lagi produk kosmetik baharu tahun ini.
“Sehingga kini, kami telah memiliki 25 jenis produk kosmetik, dan kami memang telah ada perancangan untuk menambah jumlah tersebut bagi merancakkan lagi industri kosmetik di negara ini,” katanya yang juga menyasarkan untuk memiliki 10,000 ejen dan stokis pada masa akan datang.



0 comments:

Post a Comment